Aku pukul si suami kalau berdepan – Achey

PELAWAK Achey kesal dengan tindakan berani segelintir individu mengeluarkan kenyataan mengenai childfree atau tidak mahu zuriat selepas berkahwin kerana boleh mempengaruhi pemikiran orang lain.

Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 37, berkata, pendirian yang disuarakan itu boleh mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuk keluarga individu terbabit.

Aku bab anak memang tak bolehlah. Banyak lagi nak cakap tetapi keputusan itu hak kalian.

“Cuma aku tak suka kenyataan kalian boleh racun pemikiran orang lain dan videokan pula.

Mak nenek moyang awak pun kesal bila awak keluarkan kenyataan (mengenai childfree) ini,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam masa sama, Achey turut menegaskan banyak keistimewaan memiliki cahaya mata.

“Pewaris dan penyeru dalam hidup itu adik. Kerjaya awak tidak boleh masuk kubur.

Doa anak yang boleh tembus. Si suami pun kalau berdepan, aku pukul sahaja,” jelasnya.

Isu childfree memberi kesan mendalam buat Achey kerana dia dan isteri sudah lama mengimpikan menimang zuriat selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Pelawak yang juga penyanyi itu sudah berikhtiar dengan pelbagai cara termasuk berubat secara tradisional dan menggunakan kaedah rawatan moden seperti persenyawaan in-vitro (IVF).

Rumah tangga Achey dan isteri, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah diserikan kehadiran seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir pada 2018. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok