SEPANJANG mengenali figura bernama Rozita Che Wan atau Che Ta, jarang Diva dengar cerita negatif mengenai dirinya.
Dia memang dikenali sebagai individu yang suka cakap lepas tetapi lucu.
Namun, sebaliknya pula berlaku baru-baru ini apabila ada individu dalam media sosial menggelar Che Ta bodoh sombong disebabkan pertanyaannya tidak dijawab.
Mungkin Che Ta terlepas pandang atau rasa tidak perlu jawab kerana ditanya mengenai usia.
Bagusnya Che Ta, dia tidak melenting tetapi hanya mempersoalkan apa yang difikirkan individu tersebut sehingga menggelarnya sombong.
“Kadang-kadang tak tahu apa yang ada dalam kepala otak mereka ini,” katanya.
Tak apalah, biarkan sahaja mereka membuat andaian sebegitu sebab individu itu pun tidak mengenali Che Ta secara peribadi.
DIVA: Ramai berasa ralat melihat rumah banglo milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini dirobohkan.