Ada apa dengan Irene, Suho?

PENAMPILAN penyanyi Irene dan Suho di konsert Aespa baru-baru ini mengejutkan ramai.

Difahamkan, mereka hadir ke konsert tersebut bagi memberi sokongan kepada rakan daripada label sama.

Ahli kumpulan EXO iaitu Chanyeol juga difahamkan menghadiri konsert tersebut tetapi tidak datang bersama Irene dan Suho.

Kehadiran ahli kumpulan Red Velvet dan EXO itu turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ada yang mendakwa mereka bercinta dan segelintir pula yakin bahawa mereka hanya berkawan baik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok