8 tahun Sean Lee, isteri bercinta

LAPAN tahun menyimpan status sebagai kekasih orang, pelakon Sean Lee mengakui mempunyai alasan tersendiri apabila hanya mendedahkan hatinya dimiliki model, Bay Doucet pada resepsi perkahwinan mereka 7 Julai lalu.

Ujar Sean atau nama sebenarnya, Sean Lee Jia Ern, 30, sepanjang tempoh memadu kasih mereka masih seperti pasangan lain yang keluar berdua, cuma bukan di tempat umum bagi menjaga privasi wanita kesayangannya.

Bukan menyorokkan kekasih, tapi saya cuma menjaga privasi si dia ketika itu tetapi ikutkan kami kerap keluar dan tetap ‘dating’ macam biasa.

“Malah ada sahaja orang yang kenal saya terserempak ketika kami berdua. Jadi terima kasih juga kepada mereka memutuskan untuk memberikan privasi.

“Saya hormati permintaannya serta keluarga untuk simpan kisah cinta kami. Paling penting kini kami sudah selamat bergelar suami isteri,” katanya kepada HibGlam.

Menurut Sean, 30, yang juga pengacara, perasaan gembira dan lega dirasai sebaik meraka disatukan kerana akhirnya dia dapat berkongsi mengenai hubungan istimewanya bersama Doucet.

Sebenarnya boleh dikatakan saya dapat menarik nafas lega selepas kami sah menjadi suami isteri kerana kini dah tak segan bawa dia keluar berjalan-jalan.

“Saya pula bukan jenis orang yang suka simpan rahsia. Kalau perkara menyeronokkan, saya memang nak kongsi. Kiranya saya sudah lepaskan satu beban di bahu,” katanya pada sidang media TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia, baru-baru ini.

Mengakui perkenalan bermula di laman sosial, Sean mendedahkan dia yang menghantar mesej langsung (DM) sebelum mereka berhubung secara online memandangkan Doucet berada di Australia menyambung pengajian.

Kami sama-sama setuju dengan prinsip ‘date to marry’. Saya pula yakin dia calon isteri saya selepas dia minta kami sambung borak di telefon.

“Saya jarang jumpa wanita sepertinya yang mempunyai keyakinan terhadap hala tuju hubungan. Selebihnya adalah sejarah,” tambahnya.

Terdahulu, Sean membuat kejutan apabila berkongsi gambar majlis perkahwinannya dengan Doucet, 26,
yang berdarah kacukan Cina-Amerika Syarikat di Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok