5 minit tiket konsert Taeyang ‘sold out’

PENYANYI Taeyang membuktikan dirinya masih relevan dalam industri muzik K-pop apabila tiket konsert solo pertamanya laris bagai pisang goreng panas.

Difahamkan, selepas kaunter jualan maya dibuka pada 17 Julai lalu, tiket untuk menyaksikan konsert yang berlangsung selama dua hari itu licin dalam tempoh sesingkat lima minit.

Ramai tidak sabar mahu menyaksikan persembahan bekas anggota kumpulan Big Bang itu selepas tujuh tahun tidak muncul dengan sebarang konsert.

Taeyang atau nama sebenarnya Dong Young-bae itu bakal mengadakan konsert The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan 1 September depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok