Yulhee lega hidup solo

LIMA tahun berkahwin, bekas anggota kumpulan Laboum, Yulhee memilih untuk bercerai dan menjalani hidup solo bersama anak-anak.

Selesa begitu, penyanyi berusia 26 tahun itu enggan lagi mengusutkan fikiran dengan isu rumah tangga, sebaliknya mahu fokus membesarkan anak-anaknya.

“Tak sangka lebih gembira bila bergelar solo, tidak sakit kepala nak jaga hati ramai orang, kini saya boleh fokus sepenuhnya kepada anak-anak.

“Mungkin sesetengah orang ditakdirkan bahagia apabila mempunyai pasangan tapi tidak bagi saya, saya selesa begini buat masa ini. Kedepan hari saya tidak tahu,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.

Sebelum ini, Yulhee berkahwin dengan penyanyi Choi Min-hwan pada 2018 dan mempunyai seorang anak lelaki dan sepasang kembar perempuan.

Tidak sehaluan, Yulhee dan Min-hwan mengambil keputusan untuk berpisah secara baik awal tahun ini. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok