Tyzo sindir siapakah?

PENYAMPAI radio Tyzo bukanlah nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Tidak hanya bergiat sebagai penyampai radio, Tyzo juga pernah muncul dalam filem Alamak…Toyol!! pada 2011. 

Namanya memuncak apabila berjaya merangkul gelaran Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 saat berkhidmat di stesen radio Suria FM. 

Namun, selepas ditamatkan perkhidmatan di stesen tersebut, radar kerjaya Tyzo berubah 360 darjah dan menyertai IKIM FM. 

Tidak mengira sama ada apa pun stesen radio yang menjadi pilihan, peminat tetap memberi sokongan kepada Tyzo biarpun tidak lagi berkhidmat di stesen Suria. 

Bagaimanapun, ketika dalam siaran langsung di TikTok baru-baru ini Tyzo dilihat berulang kali bercakap tentang gaya penyampaian radio yang diragui.  

Tyzo juga kata, menjadi penyampai radio perlu lebih versatil dan tidak asyik berada di tahap yang sama.

“DJ boleh buat apa-apa sahaja. Kalau DJ yang versatil, diragui. Orang kadang-kadang ragu dengan DJ. 

“Kejap lain. Malam lain, petang lain, siang lain. Memang konsep dia DJ perlu begitu, DJ kena lain daripada yang lain. 

“Kalau DJ yang sama, yang DJ itu begitulah, dia tidak versatil,” katanya. 

Pada masa sama, Tyzo sempat membalas komen pengikut di media sosial yang mengatakan dirinya sempat mengata individu lain. 

“Of course (sudah tentu),” katanya. 

Tertanya-tanya juga siapa yang dimaksudkan Tyzo atau dia sekadar bergurau ‘manja’ sahaja dengan peminat yang menonton siaran langsung itu. 

Walau apa-apa pun, diharapkan semoga kerjaya Tyzo berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi. – HIBGLAM

Diva: Tahniah diucapkan buat DJ Lin yang menerima anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest Trusted Brands 2024.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok