Terlalu kurus, peminat Rose risau

BERTUBUH langsing bukanlah perkara pelik dalam industri hiburan K-pop.

Namun, ramai terkejut dengan keadaan fizikal penyanyi Rose yang kelihatan sangat kurus berbanding saiz wanita normal lain.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi sebuah video dalam TikTok ketika ahli kumpulan Blackpink itu menjalani penggambaran.

“Kenapa dengan Rose? Saya harap dia okey sahaja dan sihat sentiasa,” kata peminat.

“Saya tahu metabolismenya tinggi tetapi tetap risau apabila melihat keadaan fizikal terkininya,” ujar pengikut Rose. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok