‘Tak salah nak jadi influencer tapi pelajaran tetap nombor satu’

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali menasihatkan generasi muda agar mengutamakan pelajaran meskipun berhasrat untuk bergelar pempengaruh media sosial.

Menurut Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali 31, menjadi pempengaruh bukan satu kesalahan tetapi harus mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

“Mungkin ada sesetengah daripada anda yang merasakan pelajaran ini tidak penting, tak perlu ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan serta sudah tak sabar nak jadi influencer (pempengaruh) dan sebagainya.

“Bukan satu kesalahan menjadi seorang influencer tetapi pastikan mampu beri bermanfaat kepada orang-orang di luar sana.

“Gunakan platform itu sebaik mungkin tetapi jangan lupa, apa-apa yang kita buat pelajaran sangat penting,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menegaskan agar sentiasa percaya bahawa ilmu mampu menjamin masa depan yang cerah.

“Jangan lupa untuk terus belajar dan usah putus asa walau apapun keputusan yang kalian dapat.

“Kalian perlu yakin bahawa sedikit sebanyak ilmu itu akan membawa anda ke mana-mana nanti.

“Masa depan anda akan sangat cerah. Pentingkan pelajaran dulu dan jadikannya nombor satu,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media social baru-baru ini apabila segelintir individu yang berbangga mendapat keputusan SPM yang kurang baik kerana merasakan perkara tersebut tidak penting selepas tamat tempoh persekolahan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok