‘Tahniah Ruhainies, anak saya kehilangan bapa mereka’

TAHNIAH kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini.”

Demikian sindiran pelakon, Bella Astillah terhadap Ruhainies yang didakwa menjadi punca utama perceraiannya dengan penyanyi, Aliff Aziz dan membuatkan dua anaknya, kehilangan bapa mereka.

Menurut Bella, 30, yang disahkan bercerai talak satu dengan Aliff hari ini, dia juga enggan lagi mencintai mana-mana individu dengan mendalam selepas ini.

Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.

“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam,” katanya dalam Instagram di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dia juga berkata peluang mampu mengubah seseorang jika digunakan dengan baik.

Dia juga menganggap perjuangannya selama ini sia-sia kerana hanya mempertahankan rumah tangga seorang diri.

“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukanlah satu kesilapan akan tetapi pilihan.

Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.

“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia-sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun tidak sesekali menyesal dengan apa yang belaku dan menganggap semua itu sebagai ujian hidup.

Doa saya agar kehidupan baru bersama anak-anak dipermudahkan serta akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka.

“Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup.

Terima kasih buat semua yang mendoakan kami semua. Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua,” ujarnya.

Hari ini, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada 11 Mac lalu, Bella 
telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Aliff secara `fast track’ atas alasan sudah tiada lagi persefahaman dan mawaddah (cinta dan kasih sayang).

Namun, pada 4 April lalu, Aliff enggan menceraikan Bella kerana masih sayang terhadap isterinya.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, serta Ara Adreanna, 3. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok