NAMA suami penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana sekali lagi menjadi bualan ramai apabila didakwa menggelapkan RM1.7 juta milik syarikatnya, PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).
Memetik laporan Kompas, syarikat perusahaan makanan dan minuman tersebut ditubuhkan bersama bekas isterinya Arina Winarto dan perbuatan itu didakwa dilakukan ketika Tiko memegang jawatan pengarah syarikat.
Menurut peguam mewakili Arina iaitu Leo Siregar, pada tempoh tersebut, Arina pula bertindak sebagai pemilik dan pemegang saham majoriti syarikat tersebut.
“Tiko mempunyai kuasa penuh segala urusan syarikat termasuk kewangan
“Bagaimanapun pada 2019, Tiko telah menyatakan hasrat untuk menutup syarikat atas alasan tidak mampu membayar sewa.
“Disebab terdapat kerugian yang mencurigakan, Arina mula menyiasat dan membuat laporan sebelum mendapati dana sebanyak RM1.7 juta telah digunakan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Sululan itu, Arina seterusnya membuat laporan polis pada 2022 selepas Tiko gagal menjelaskan mengenai audit syarikat dan kini dalam tindakan pihak berkuasa.
Untuk rekod, Tiko dan Arina bernikah pada Jun 2014 dan dikurniakan sepasang kembar sebelum berpisah pada Oktober 2021.
Tiko kemudian melangsungkan perkahwinan secara tertutup dengan Bunga pada Disember tahun lepas di sebuah resort di Bali. – HIBGLAM