Separuh bogel, Jang Yoo-joon dicop wanita murahan

GARA-GARA memuat naik gambar separuh bogel dalam platform media sosial, pelakon Jang Yoon-joo teruk dikecam netizen dan dilabel perempuan murahan.

Menerusi gambar tersebut, wanita berusia 43 tahun itu sedang meniarap di atas sebuah sofa dan mempamerkan separuh badannya tanpa seurat benang sehingga menampakkan bahagian dada.

Meskipun khalayak maklum dia bergiat aktif dalam dunia peragaan, foto itu disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak sesuai untuk tatapan pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

“Saya tahu awak model, tetapi adakah ini cara untuk menunjukkan keunikan diri? Macam perempuan murahan dan tiada harga diri, tergamak tanggung hidup hasil kerja begini,” kata seorang netizen.

“Kalau ini definisi cantik bagi awak, saya rasa ramai tidak setuju. Awak ada ramai pengikut, bimbang beri impak tidak elok kepada anak muda, ini sudah lari jauh dengan budaya kita,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok