Seniman Pyanhabib sudah tiada

PENYAIR terkenal yang juga pelakon, Pyanhabib Rahman disahkan meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, Selangor hari ini.

Difahamkan, Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada pukul 9.30 malam tadi namun punca kematian masih belum dimaklumkan.

Berita pemergian seniman berusia 66 tahun itu dikongsi oleh EXCO Selangor, Mohd Najwan Halimi dalam laman sosialnya.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafasnya terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.

“Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada Allah jua kita akan kembali,” katanya.

Pyanhabib atau nama penuhnya Mohd Supyan Abdul Rahman sebelum ini pernah membintangi filem Rock Oo!, Kembara Seniman Jalanan dan Apokalips X.

Anak jati Taiping, Perak itu juga popular dengan seleksi puisinya dan antara hasil penulisannya yang terkenal ialah Balada Pyanhabib. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok