Rumah Aeril Zafrel diceroboh individu tak dikenali

RISAU dengan keselamatan keluarga, pelakon Aeril Zafrel bertindak membuat laporan polis dua hari lalu selepas kediamannya diceroboh individu tidak dikenali baru-baru ini.

Menurut Aeril atau nama penuhnya Suhairil Sunari, 36, laporan polis tersebut dilakukan selepas dia menemui batang pinang bersama kulit limau yang dibakar dipercayai dihantar oleh individu tidak dikenali itu

“Siapa kenal budak ini tolong saya! Budak ini panjat rumah saya dan nampak dia letak barang.

“Kalau kenal tolong maklumkan kepada saya. Laporan polis telah dibuat tetapi susah nak kesan kerana nombor pendaftaran motornya tidak dapat dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam Instagram.

Sementara itu, isteri Aeril yang juga pelakon, Wawa Zainal mengakui terkejut dan tidak menyangka terdapat individu yang tergamak melakukan perbauatan tersebut.

Jiran saya yang kongsi rakaman CCTV itu. Pada mulanya ingat nak merompak tetapi selepas kejadian itu, kami jumpa batang pinang dan kulit limau.

“Kami tak kenal lelaki itu tetapi sanggup dia lakukan perkara sebegitu,” ujarnya.

Tambahnya, kejadian sebegitu bukan kali pertama dilalui oleh pasangan berkenaan yang sebelum ini pernah mendedahkan terdapat pihak lain cuba melakukan hal sama.

Sejak mendirikan rumah tangga, memang banyak insiden sebegitu berlaki termasuk menerima barang pelik-pelik.

“Kami tak guna sebarang ‘pendinding’ cuma menjaga amalan sepatutnya agar dijauhkan daripada terkena perkara terkutuk sebegitu,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Aeril mengakui pernah menjadi mangsa perbuatan sihir yang tidak berpuas hati dengan kehidupannya.

Antara kesan yang dihadapinya ialah menjadi seorang panas baran dan mengalami mimpi pelik. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok