Ruhainies ‘naik hantu’ difitnah bakal bertunang dengan Aliff Aziz

PELAKON Ruhainies menzahirkan rasa tidak puas hati apabila ada pihak sengaja mengambil kesempatan terhadap kontroversi menimpa dirinya dan penyanyi Aliff Aziz dengan memuat naik kad undangan majlis pertunangan yang kini tular dalam media sosial.

Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, memilih untuk bersuara kerana enggan hal tersebut berlarutan.

Katanya, semua itu jelas fitnah dan rekaan semata-mata demi menarik perhatian pengikut dalam media sosial.

Kepada page ini, saya akan memastikan anda mendapat balasan.

“Pengajaran untuk syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab, selama ini mereka cerita demi menaikkan pengikut dan tontonan.

Saya sudah lama berdiam. Kepada pengguna Instagram yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan dalam media sosial.

“Fitnah sudah jadi kebiasaan untuk mereka ini. Dunia ini sudah tenat,” katanya menerusi Instastory hari ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Terjerat itu turut meminta agar pengikut dalam media sosial untuk berkongsi maklumat mengenai individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah.

“Saya mohon kepada pengikut untuk kongsi dengan saya melalui mesej jika terdapat mana-mana lagi manusia tidak bertanggungjawab menabur fitnah.

Sama-sama kita bantu untuk ambil tindakan yang sewajarnya.

“Mungkin hari ini saya yang kena, hari lain orang yang anda sayang pula.

Saya mohon untuk semua membuat laporan mengenai page ini dalam Instagram, TikTok mereka juga. Terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik semua,” katanya.

TANGKAP layar luahan tidak puas hati Ruhainies terhadap phak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Terdahulu, tular dalam media sosial kad digital majlis pertunangan Ruhainies dengan Aliff pada tarikh 29 jun 2024.

Difahamkan gambar kad tersebut sudah dipadam di akaun Instagram yang dikenali sebagai kaddigital.murah.

Sebelum ini heboh dakwaan mengatakan ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahil terbuka untuk mengahwinkan anaknya dengan Ruhainies di Thailand.

Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu kota. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok