Raikan Nedim, Nora Danish penuhi apa anak mahu

BELUM lagi reda bahang konflik rumah tangganya, pelakon Nora Danish dilihat gembira meluangkan masa bersama suami, Nedim Nazri dan tiga anak mereka.

Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik perkongsian momen indah bersama keluarga dalam Instagram Stories dipercayai meraikan sambutan Hari Bapa, semalam.

Meraikan daddy. Kita akan menonton wayang, ikutkan sahaja anak-anak mahu apa,” katanya ringkas.

Menerusi perkongsian tersebut turut dilihat Nedim duduk bersebelahan dengan pelakon filem Aku Terima Nikahnya itu saat menonton wayang.

Dalam pada itu, Nora turut berkongsikan detik indah bersama keluarga menikmati hidangan stik di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Sebelum ini Nora menegaskan tidak akan memberikan sebarang kenyataan baharu dan hanya akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai status rumah tangganya apabila tiba masa sesuai.

Kalau boleh saya nak yang terbaik untuk semua pihak. Saya akan beri komen bila tiba masa sesuai dan mendapat keputusan yang muktamad,” katanya.

April lalu, Nora juga mengatakan bahawa dia dan Nedim tidak lagi tinggal sebumbung sekitar tiga bulan bagi memberi ruang kepada antara satu sama lain.

Untuk info, Nora mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohamad Nedim Nazri itu pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu Nora pernah berkahwin dengan Toh Muda Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dianugerahkan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 15.

Bagaimanapun, Nora dan Jejai bercerai pada 10 Julai 2008. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok