Prihatin nasib S. Amin, PM hulur bantuan kewangan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati terhadap karyawan negara, S. Amin Shahab yang disahkan menghadapi masalah jantung baru-baru ini.

Sebagai tanda prihatin, Anwar yang diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi menyampaikan bantuan kewangan kepada S. Amin atau nama sebenarnya, Syed Mohd Amin Syed Hashim Al Shahab, 70.

Semalam saudara Farhan telah mewakili saya menziarahi S. Amin Shahab yang dilaporkan menghadapi masalah jantung baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan kesihatan beliau beransur pulih selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dalam sesi ziarah ini, saudara Farhan turut sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk menampung kehidupan harian dan kos perubatan beliau,” katanya dalam satu perkongsian Facebook.

S. AMIN merima bantuan kewangan yang disampaikan Farhan bagi pihak Anwar.

Dalam hantaran sama, Anwar turut medoakan artis visual dan penulis lirik terkenal itu dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan sebagai anak seni.

Saya mendoakan agar saudara S. Amin dikurniakan afiyah dan kekuatan untuk terus berkarya, insya-Allah,” katanya lagi.

S. Amin pernah menghasilkan lirik untuk kumpulan Alleycats seperti Setahun Sudah Berlalu, Rayuan di Puncak Gentik dan Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi.

Antara lagu popular lain hasil penulisannya ialah Suci Dalam Debu (Iklim), Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latiff), Penghujung Rindu (Jamal Abdillah) dan Keroncong Untuk Ana (Kembara). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok