Moga Nora Danish bertemu suami beriman – Netizen

SELEPAS mengejutkan ramai dengan kisah perceraian, pelakon Nora Danish sekali lagi mengundang perhatian dengan memberi bayang mengimpikan suami yang mampu membimbingnya ke jalan diredhai Allah SWT.

Perkara tersebut mula tercetus selepas Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkongsi dalam Instagram sebuah video  kisah seorang suami yang mahu isterinya taat dengan perintah Tuhan dengan mendirikan solat.

Nora bagaimanapun tidak menulis sebarang kapsyen sebaliknya hanya meletakkan emoji berbentuk hati berwarna hitam dan putih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Meskipun baru sahaja dimuatnaik hari ini, perkongsian tersebut meraih sejuta tontonan.

Rata-rata netizen dalam ruangan komen meninggalkan komen positif dan turut berkongsi pandangan bahawa suami yang baik adalah seorang yang mampu membimbing isteri ke jalan yang lebih baik.

“Isteri memang perlu seorang suami yang boleh membimbing dan sentiasa mengingatkan pasangan tentang akhirat.

“Terima kasih Nora kerana berkongsi kisah ini. Harap dikurniakan suami yang lebih baik satu hari nanti.

“Semoga Nora dikurniakan seorang suami dan jodoh yang beriman serta mampu memimpin ke jalan yang diredai,” komen netizen.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.

Sebelum itu pada 29 April lalu, aktres tersebut pernah mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak namun berusaha mengekalkan hubungan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif kerana bimbang boleh memberi impak kepada anak mereka.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok