Masalah dehidrasi, Ningning direhatkan

Tahap kesihatan merosot sehingga dehidrasi, anggota kumpulan Aespa, Ningning terpaksa direhatkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni.

Perkara tersebut dimaklumkan agensinya,  SM Entertainment yang meminta peminat mendoakan penyanyi itu agar segera pulih dan dapat kembali menghiburkan peminat.

Semasa latihan, Ningning menunjukkan gejala dehidrasi dan keletihan. Dia dikejarkan ke hospital dan doktor menasihatinya berehat panjang untuk mendapatkan rawatan.

“Disebabkan itu, Ningning tidak dapat menyertai persembahan K-Wave kali ini. Kami memohon maaf kerana buat peminat risau dengan berita mengejut ini.  

“Kesihatan dan keselamatan artis jadi keutamaan kami dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Ningning pulih seperti sediakala,” kata wakil SM Entertainment. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok