Maksiat? Tunggu penyata tuntutan daripada aku – Puteri Sarah

BENGANG difitnah lagi, pelakon Puteri Sarah Liyana nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya terjebak dengan maksiat.

Ujar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia sudah mengesan individu berkenaan menerusi tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD) atau penyata tuntutan .

Biarpun individu tersebut telah menukar nama dan gambar profil akaun Facebook, peguam mewakili Puteri Sarah berjaya mengesan identitinya.

“Lain kali jangan komen menghina, menuduh aku bermaksiat.

Dah PM (mesej) kau, pengecut pula. Dasar netizen pengecut ‘locked profile’.

“Terus tukar nama Facebook (FB),” katanya menerusi perkongsian dalam Facebook.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan paparan tangkap layar pemilik akaun media sosial yang disifatkan biadab.

Menerusi hantaran sama, Puteri Sarah turut menasihati netizen agar menjaga adab sebelum meninggalkan sebarang komen terutama yang menjurus fitnah.

Jadilah netizen yang berhemah (dengan) menjaga penulisan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok