Lisa lancar lagu 28 Jun ini

NAMA anggota kumpulan Blackpink, Lisa kembali meledak dalam media sosial apabila mendedahkan tarikh kemunculan semulanya dengan karya terbaharu berjudul Rockstar iaitu pada 28 Jun ini.

Tidak hanya itu, idola asal Thailand itu turut memuat naik beberapa video ‘teaser’ lagu tersebut yang kemudiannya sohor kini dalam platform media sosial Korea Selatan.

Rata-rata peminat meluahkan rasa tidak sabar dan teruja untuk mendengar karya terbaharu idola kesayangan mereka itu setelah sekian lama menyepi.

“Wah, rasa macam mahu percepatkan masa supaya dapat dengar cepat lagu tersebut, tak sabarnya rasa,” komen seorang peminat.

“Saya percaya lagu Lisa akan meletup, dengan vokal dan tarian yang akan dipamerkan nanti, saya yakin semuanya sempurna,” demikian komen netizen itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok