GARA-GARA meminta khalayak terus memberi sokongan dan memberi peluang kedua kepada rakannya iaitu Kang-in, ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk dikecam teruk bahkan disifatkan baik tidak bertempat.
Ramai berpendapat penyanyi berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya menyebut nama Kang-in dalam ucapannya kerana bekas anggota Super Junior itu pernah terbabit dalam kes jenayah sebelum ini.
“Kang-in telah melalui fasa untuk diri sendiri lebih lama berbanding ketika dia berada di puncak kejayaan. Berilah dia peluang.
“Teruskan beri sokongan terhadapnya agar dia boleh meneruskan hidup,” ucapnya ketika majlis perkahwinan anggota lain, Ryeo-wook.
Susulan itu, ucapan tersebut diselar netizen kerana menganggap Kang-in tidak layak diberi peluang kedua dan dinasihatkan terus meninggalkan bidang seni atau melakukan pekerjaan lain.
Pada Julai 2016, Kang-in dihadapkan ke mahkamah di Seoul atas kesalahan memandu secara mabuk. Penyanyi itu juga berdepan dakwaan jenayah iaitu dituduh mengasarinya teman wanitanya. – HIBGLAM