Lee Zii Jia datang rumah, bertuah anak Hairul Azreen

DEMI memenuhi hasrat anak perempuannya, pelakon Hairul Azreen sanggup membawa pemain badminton negara, Lee Zii Jia ke rumah.

Hairul atau Hairul Azreen Idris, 35, pada awalnya memuat naik video menunjukkan puteri tunggalnya, Alisa Aisyah menangis kerana tidak berpeluang bertemu dengan jaguh badminton itu.

Apa yang awak mahukan. Lee Zii Jia sudah pulang. Lain kali boleh? Awak nak bercakap dengan Lee Zii Jia,” katanya.

Kemudian dalam video itu menunjukkan Zii Jia hadir ke kediaman aktor berkenaan ketika Alisa duduk bersama ibunya, Hanis Zalikha di meja makan.

Terkejut melihat kemunculan Zii Jia, Alisa yang tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan teruja mengajak jejaka itu bermain badminton.

Menjengah ruangan komen, rata rata pengikut akaun Instagram Hairul turut teruja melihat kemunculan ZIii Jia di kediaman aktor aksi itu.

“Bertuah betul dapat jumpa Zii Jia. Minta begitu saja.”

Seronok betul mereka sekeluarga. Bertuah dapat tengok depan mata.”

“Memang terbaik. Dapat jumpa depan mata,” demikian antara netizen. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok