Lagu Jungkook tawan 102 negara

KEMILAU dan populariti anggota kumpulan BTS, Jungkook mustahil padam apabila sekali lagi berjaya mendominasi carta global.

Semuanya bermula apabila idola berusia 27 tahun itu melancarkan single digital terbaharu berjudul Never Let Go yang digubah khas untuk menyatakan rasa terima kasihnya kepada ARMY (kelab peminat).

Sejurus karya itu dilancarkan, lagu tersebut muncul sebagai juara dalam carta lagu iTunes di seluruh dunia dan masih berada di tempat pertama sehingga ke hari ini.

Lagu itu telah bergema di 102 negara, termasuk di negara pasaran muzik terbesar seperti Australia, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat.

Never Let Go dilaporkan akan menjadi sebagai sebahagian daripada FESTA 2024 iaitu festival tahunan kumpulan BTS untuk memperingati ulang tahun pertama mereka dan meraikannya bersama peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok