Kembali menjanda, Nora Danish jadi usikan lelaki

BELUM seminggu menggalas status janda selepas bercerai dengan Nedim Nazri, sudah ramai lelaki tampil mahu mencuba nasib mendampingi pelakon Nora Danish.

Semuanya bermula apabila hantaran video terbaharu Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42 dalam TikTok kembali meledak sekali gus menarik perhatian deretan individu yang ingin menambat hatinya.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai lelaki daripada pelbagai peringkat umur dilihat memperkenalkan diri mereka sambil berseloroh mendedahkan kebolehan yang ada pada mereka.

“Saya tak kaya tapi saya boleh panjat pokok kelapa, saya memang sudah lama minat awak Nora, berilah saya satu peluang untuk bahagiakan awak,” komen netizen itu.

“Saya tiada rupa tapi ada harta, ada agama, ada pelajaran, harap awak boleh bagi peluang untuk saya, mana tahu kita bahagia sampai syurga,” kata netizen itu.

“Nama saya Nuri, awak pula Nora, memang sesuai sangat kalau kita berdua dijodohkan, saya ada harta peninggalan, boleh untuk tanggung awak dan anak-anak,” demikian komen seorang lagi pengguna TikTok.

Terdahulu, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sebelum itu pada 29 April lalu, aktres tersebut mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak.

Nora mengaku dia dan Nedim berusaha mengekalkan hubungan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak mereka.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok