276
TIADA angin tiada ribut, pelakon Han So-hee memuat naik gambar terbaharu dalam media sosial yang menampakkan tatu di badannya.
Rata-rata peminat terkejut dengan penampilan terbaharu So-hee kerana sebelum ini dia pernah membuang semua tatu demi kerjaya lakonannya.
Difahamkan, kos pembuangan tatu menelan belanja sebanyak 20 juta won (RM67,000).
Januari lalu, bintang Nevertheless itu enggan membuang tatu tetapi nekad berbuat demikian demi kerjaya lakonan yang sedang memuncak. – HIBGLAM