PELAKON Sharnaaz Ahmad dihujani pujian apabila berkongsi gambar bekas isteri, Noor Nabila dan anak mereka Jebat Jayden dalam media sosial.
Kata Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahamd Basir Ahmad, 38, dalam Instagram, dia sentiasa mendoakan yang terbaik dan mengharapkan anaknya berjaya dalam apa jua bidang kerjaya.
Baba sayang cek (kamu) tau. Besar jadilah apa pun. Janji cek tau mana baik dan buruk.
“Apa pun baba dan mummy tetap penyokong nombor satu Jebat Jayden Ahamd,” tulisnya ringkas.
Perkongsian itu lantas membuat ramai pengguna media sosial memuji pasangan tersebut yang mampu menjaga hubungan baik meskipun sudah berpisah.
Melihat ruangan komen, rata-rata menitipkan doa agar mereka kembalikan disatukan sebagai pasangan suami isteri.
Hormat Sharnaaz sebab matang fikir anak. Ini tidak, sesetengah itu masih tidak move on (melupakan) sampaikan anak tidak peduli langsung.
“Tidak ramai yang mampu begini bila sudah bercerai.
Kadang aku terfikir kalau boleh mendidik anak dengan baik, apa salahnya pujuk hati masing-masing untuk menerima kekurangan dan bersyukur dengan apa kelebihan.
“Hormat pasangan ini masih berdamai dengan takdir dan semoga terus berdamai hingga mereka kembali bersama semula,” tulis pengguna media sosial.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 5.
Sharnaaz bagaimanapun pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Amelia Christie Lim. – HIBGLAM