Kecam okey, maki hamun tak perlu – Zahiril Adzim

PELAKON Zahiril Adzim dikecam hebat susulan lakonan cemerlangnya sebagai Dr. Omar dalam drama Aku Bukan Ustazah yang ketika ini meledak menerusi slot Akasia TV3.

Zahiril atau nama penuhnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 40, bagaimanapun tiada masalah dengan segala respons negatif yang diterima kerana membuktikan watak antagonis lakonannya berjaya memberi impak kepada penonton.

“Setiap hari peti masuk mesej saya penuh dengan kecaman

“Saya okey dengan kecaman sebab kita tahu ada impak pada penonton tetapi apabila sudah di tahap mula maki hamun, tidak perlulah.

“Ini hanya lakonan, drama yang kita lakukan untuk beri pengajaran. Setakat ini tiada yang mudaratkan dan melampau selagi tidak kacau keluarga saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Aku Bukan Ustazah sempena Hari Ulang Tahun TV3 ke-40 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, bintang drama Juvana itu menambah, isterinya, Nur Syahirah Aiyob turut terkena tempias daripada watak lakonannya.

Katanya, kecaman juga bukan sahaja dilemparkan oleh netizen Malaysia tetapi juga daripada Indonesia, Brunei dan Thailand yang turut menonton drama tersebut.

“Setakat ini tiada hina keluarga tapi ada yang komen pada gambar Syera siap cakap ini isteri nombor berapa.

“Yang kecam bukan hanya Malaysia tetapi Indonesia, Thailand dan Brunei. Okey sahaja semuanya biasalah emosi.

“Ada juga yang komen kata nak hantar santau tapi tiada apa lah,” jelasnya.

Tambahnya, dia berkata watak Dr. Omar juga meledak disebabkan rasa simpati terhadap karakter Aminah lakonan Erysha Emyra yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dia juga meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak berdiam diri dan tmembuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Mungkin orang suka dan geram sebab sebab kita oun sudah lama tidak ada nadkhah begini. Ini isu yang saya nak ketengahkan.

“Kalau ada penonton yang pernah melalui situasi sama, jangan teragak-agak buat laporan dan cari bantuan.

“Sebab budaya kita malu nak minta tolong pada orang lain. So kena pecahkan persepsi itu dan minta bantuan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Zahiril menjadi bualan ramai apabila wataknya dalam drama arahan Idora Abdul Rahman tular dalam media sosial.

Selain Zahiril dan Erysha, Aku Bukan Ustazah turut dibintangi MK Kclique, Shaza Bae dan Hanesya Hanee. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok