Karina lupakan awan biru demi nyanyian

DEMI mencapai cita-cita sebagai idola K-pop, anggota kumpulan Aespa, Karina mengakui terpaksa meninggalkan latihannya untuk menjadi pramugari.

Ujar idola berusia 24 tahun itu, dia sememangnya mahu menjadi pramugari sejak kecil, namun minatnya dalam bidang muzik dan hiburan mengatasi semua itu.

“Saya pada asalnya sedang bersiap dan dalam latihan untuk menjadi pramugari. Saya juga menghadiri akademi bahasa Cina untuk menjadi pramugari. Memang saya mahu jadi pramugari sejak dulu lagi.

Dalam masa sama, saya juga minat muzik apabila dapat tawaran untuk menjadi idola pelatih, saya terus hilang rasa minat untuk menjadi pramugari dan terus memilih untuk menjadi artis K-pop.

“Perjalanan itu tak mudah tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu dunia mengenali bakat saya,” ujarnya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok