267
SELEPAS ideanya untuk meramaikan masjid dan surau pada waktu solat subuh menerusi kempen #subuhmacamjumaat, penyanyi Alif Satar muncul pula dengan cetusan idea baru.
Kali ini, dia mengajak orang ramai memperbaiki bacaan surah al-Fatihah pula kerana sangat penting untuk mendapatkan solat yang sempurna.
Sebanyak 17 kali baca al-Fatihah dalam lima waktu solat setiap hari. Apa kata kita belajar betulkan bacaan al-Fatihah pula.
“Kalau kita baca salah, perkara itu akan beri kesan kepada solat kita. Jom perbaiki dan power up bacaan al-Fatihah,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat respons positif netizen yang turut berpendapat bacaan al-Fatihah yang tepat akan dapat menyempurnakan rukun solat seseorang. – HIBGLAM