Janji setia hingga hujung nyawa, resepsi Joy Revfa meriah

MAJLIS resepsi usahawan Joy Revfa dengan pasangan Dr. Adrian Yeah yang menggabungkan budaya Melayu dan Cina berlangsung meriah semalam.

Acara yang berlangsung di The Dome, Bandar Baru Klang itu dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 36, dalam majlis itu berjanji akan memelihara perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat.

“Ini adalah permulaan perjalanan kita sebagai suami isteri. Walaupun sering gaduh-gaduh manja, kami sebenarnya saling sayang menyayangi.

Saya berjanji akan mencintai dan tetap bersama suami dalam susah dan senang, sihat dan sakit hingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Joy juga menitip doa agar suaminya dapat menjadi ketua keluarga yang baik bagi memimpin dan melindungi dirinya.

“Semoga dirimu (Dr Adrian Yeah) menjadi satu-satunya yang akan membimbing dan melindungi diri ini. Yang akan mengisi hari-hariku, nakhoda bahtera rumah tangga, mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaanku. Semoga kita dapat membina keluarga yang bahagia dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Joy dan Adrian berkahwin sekitar Ramadan lalu sebelum mengadakan majlis resepsi semalam.

Sebelum ini Joy pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum berpisah tiga bulan kemudian.

Terdahulu, Joy pernah berkahwin dengan Datuk Ray Imran atau Mohd Rayus Abdul Rahimadalah, 46, pada 2013 sebelum berpisah sekitar Januari 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Arryan Firdaus yang kinj berusia 10 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok