Hisyam Hamid jadi lelaki autistik pula

BUKAN mudah untuk melakonkan watak sebagai individu autisme, namun tugasan tersebut dilihat berjaya dilakukan Hisyam Hamid menerusi drama terbaharunya, Bunga Salju.

Bergandingan dengan Amyra Rosli, Hisyam yang memegang watak lelaki autistik bernama Azizi meraih pujian ramai sehingga tular dalam media sosial.

Lakonan Hisyam dipuji kerana dikatakan berjaya menjiwai karakter dengan baik sekali gus menyebarkan kesedaran mengenai autisme.

“Pandai Hisyam berlakon sebagai lelaki autistik. Memang ada yang bijak seperti wataknya ini.

“Cerita ini bagus, jalan cerita berbeza daripada drama klise lain,” puji netizen.

Bunga Salju kini hangat ditayangkan menerusi slot Tiara (Astro Ria) setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 6 petang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok