Hargai isteri hamil, Fizi Ali buat kejutan ‘sampul tebal’

BERSYUKUR dikurniakan suami bertanggungjawab, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali, Siti Zulaikha meluahkan rasa terharu apabila menerima sejumlah wang daripada cinta hatinya itu.

Menerusi hantaran dalam Instagram Story, Zulaikha, 31 memuat naik video menunjukkan sampul yang mengandungi wang tunai namun tidak mendedahkan jumlah duit tersebut.

“Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, balik dia terus tanya nak sampul kiri ke kanan?

Nampak belah kanan macam tebal je, kita pun pilih la yang itu.

“Tapi dalam otak berfikir, ini mesti kena scam (tipu) dalam sampul ada sampul lagi,” tulisnya.

Tidak mampu menahan sebak, ibu kepada dua cahaya mata itu menangis selepas Fizi menyatakan wang tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepadanya kerana menjadi isteri dan ibu yang baik.

Bila tengok dalam terus menangis! Saya tanya dia kenapa pula bagi tebal-tebal ni? Dia jawab, ‘terima kasih sebab jaga anak-anak dan mengandungkan anak saya.’

“Allahuakbar, lagi laju air mata turun. Berhingus terus hidung,” tuturnya.

Dalam masa sama, Zulaikha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Fizi selain amat menghargai kehadirannya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak mereka.

Macam ni, nak mengandung setiap tahun pun tak apa. Tapi sejujurnya, terima kasih sebab jadi suami terbaik untuk saya dan daddy terbaik buat anak-anak.

“Semoga kita terus berkasih sayang dan jaga sama-sama hingga ke jannah.

Perlahan tetapi pasti okey sayang. Saya sayang awak sangat-sangat, dunia akhirat saya,” luahnya.

Terdahulu, menerusi hantaran dalam Instagram, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali, 35 mengumumkan tentang kehamilan isterinya namun tidak menyatakan usia kandungan.

Fizi menamatkan zaman duda dengan mendirikan rumah tangga bersama Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok