Hani kahwini pakar psikiatri September depan?

Selepas empat tahun menjalin hubungan cinta dengan pakar psikiatri, anggota kumpulan, EXID, Hani didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada September depan.

Pun begitu, masih tiada kenyataan rasmi daripada penyanyi terbabit malah pihak pengurusannya enggan mengulas khabar angin tersebut.

Heboh khabar angin Hani akan berkahwin. Memandangkan perkara ini berkaitan kehidupan peribadinya, sukar untuk pihak kami memberi sebarang kenyataan buat masa ini,” kata wakil syarikat pengurusannya.

Pada Jun 2022, Hani dan Jae Woong secara terbuka mengumumkan mereka bercinta.

Sejak itu, Hani kerap berkongsi foto bersama teman lelakinya dan tidak lagi berselindung dalam menunjukkan kemesraan yang dianggap bukan perkara normal dalam kalangan selebriti Korea Selatan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok