Hafiz Suip anggap diri tidak lagi relevan

Tak relevan sudah.”

Demikian jawapan penyanyi Hafiz Suip apabila membalas pertanyaan peminat yang merindukan kehadirannya dalam industri seperti zaman kegemilangannya dahulu.

Kata-kata tersebut dilontarkan selepas peminat meminta lagu baharu sehingga membuatkan pemilik nama lengkap Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, menyifatkan dirinya tidak lagi relevan sebagai penyanyi.

Bagaimanapun, rata-rata peminat tidak bersetuju dengan kenyataan terbabit kerana mengetahui kehebatan vokal juara Akademi Fantasia musim ketujuh.

“Awak selamanya relevan bro!,” kata peminat setia.

Saya suka suara Hafiz, tolong buat kemunculan semula,” ujar pengikut.

Sebelum ini, pelantun lagu popular Awan Nano itu dikatakan menghilangkan diri susulan tindakan menyahaktif atau ‘deactived’ akaun Instagram miliknya.

Sekali gus, situasi terbabit seakan-akan memberi petanda rumah tangganya dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah sedang dilanda masalah.

Namun, Hafiz tampil menempelak seorang pengguna laman sosial yang didakwa sengaja mencetuskan spekulasi liar seolah-olah mengenalinya hingga sanggup mendakwa perkahwinannya goyah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok