Guna unsur ‘soft porn’ promosi produk intim, Neelofa kena hentam

NAMA usahawan selebriti Neelofa kembali menjadi bualan ramai apabil menggunakan imej berbaur lucah atau ‘soft porn’ bagi mempromosikan produk yang boleh mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Instagram produk tersebut iaitu @nilofagroup, imej buah pic yang digunakan seakan-akan menyerupai alat sulit wanita.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen mengecam teknik pemasaran sebegitu yang dianggap tidak sensitif kerana menggunakan mesej ‘double meaning’.

ANTARA gambar yang digunakan dalam pemasaran produk intim suami isteri keluaran syarikat Neelofa yang menjadi pertikaian ramai.

Bukan itu sahaja, penggunaan imej sebegitu dalam bahan promosi juga dikatakan tidak bersesuaian dengan imej Neelofa sebagai wanita berpurdah.

Kenapa guna gambar begini? Malu nak tengok dan boleh guna pendekatan lain. Neelofa sebagai peniaga Muslimah sepatutnya lebih sensitif.

“Jijik dan tak sesuai dengan penampilan Neelofa. Tidak ada rasa malu ke?” selar netizen.

Sekadar info, isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz iaitu Noor Neelofa telah melancarkan produk keintiman untuk hubungan suami dan isteri pada September lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok