Giliran Marissa Dania dipuji pula

SEBELUM ini, bertalu-talu kecaman dilemparkan terhadap pempengaruh dan model, Marissa Dania Hakim susulan tindakannya kahwin lari di Songkhla, Thailand akhir tahun lalu.

Kecaman yang diterima Marissa dan suami, Aslam seperti tiada hari esok! Sehingga keluarganya turut terkena tempias.

Sehingga hari ini, Marissa hanya berdiam diri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkahwinannya itu.

Disebabkan itu, hari ini ramai yang seperti berpaling tadah. Daripada mengecam, kini memuji pula.

Kata segelintir netizen, Marissa sememangnya salah kerana menjadi orang ketiga tetapi dilihat bagus disebabkan tidak berbalas kenyataan atau meroyan dalam media sosial.

Ini yang dikatakan netizen, Diva tak tahulah pula kalau dia bergaduh atau tidak dengan isteri pertama Aslam. Harap semuanya baik-baik sahajalah ya.

Netizen pula janganlah serang isteri pertama Aslam iaitu Misya kerana dikatakan kerap mengeluarkan kenyataan sindiran. Kita semua tak tahu apa yang dia lalui, harap semua jangan jadi batu api ya!

DIVA: Seronok tengok Aslam bercuti bersama keluarga Marissa termasuk Abby Abadi baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok