SAYA tak pernah melakukan sebarang rawatan untuk mengubah muka.”
Demikian kata pelakonAfifah Nasir sekali gus menepis dakwaan kononnya ada melakukan rawatan wajah bagi mendapatkan bentuk rahang yang cantik.
Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir, 31, sebaliknya bertegas, hanya pernah melakukan rawatan kulit wajah untuk menghilangkan parut jerawat sebelum ini, bukan mengubah bentuk muka semula jadi.
“Rawatan yang saya lakukan sebelum ini hanyalah berkaitan parut jerawat dan bagi mengekalkan kulit bebas jerawat,” katanya dalam Instagram.
Dalam perkongsian sama, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, semua komen yang mendakwa dia melakukan rawatan atau pembedahan wajah adalah fitnah.
Saya tak pernah buat muka, bibir atau sebagainya pada bahagian wajah.
“Jadi, kalau nampak orang komen mengenainya? Itu semua fitnah.
Alhamdulillah walaupun tidak sempurna, saya gembira dengan apa yang dimiliki dan tak akan ubah wajah sendiri,” jelasnya.
Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan netizen sama ada dia pernah melakukan sebarang rawatan kerana memiliki bentuk rahang yang cantik.
Afifah ada rahang yang cantik. Ada buat rawatan ke untuknya?” soal individu tersebut.
Sebelum ini, wajah Afifah juga pernah dikecam ramai kerana dikatakan terlalu kurus sehingga disamakan seperti Allahyarham Mona Fendy. – HIBGLAM