Fitnah! Saya ada bukti traksaksi bayaran nafkah anak – Hafidz Roshdi

ENGGAN ambil pusing dakwaan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai mesej lucah ketika masih bergelar suami, pelakon Hafidz Roshdi sebaliknya menyifatkan tuduhan culas membayar nafkah anak yang dibangkitkan wanita itu sebagai fitnah.

Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata, selama ini dia memilih untuk berdiam diri namun apabila dakwaan itu menganggu urusan kerja, dia perlu bangkit mempertahankan diri.

Kenyataan mengatakan saya culas dan tidak membayar nafkah wajib ke atas anak-anak saya adalah satu fitnah yang menjijikkan dan pelaku harus malu dengan penipuan,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama dalam Instagram, pelakon drama Melastik ke Hatiku itu turut menampilkan bukti berhubung transaksi yang dibuat untuk bayaran nafkah.

Saya mempunyai keseluruhan bukti transaksi bayaran nafkah anak yang sedia untuk digunakan dalam tindakan susulan.

“Dengan ini saya dengan jelas ingin menyatakan saya sudah, masih membayar nafkah dan akan terus berusaha menambah nafkah wajib anak-anak tanpa culas dan elak daripada tertunggak. Terima kasih,” ujarnya.

Ditanya mengenai insurans anak-anak pula, Hafidz berkata, sebelum ini dia melaksanakan tanggungjawab itu namun tidak dapat meneruskannya pada Mei tahun lalu kerana tidak mampu.

Sebelum ini memang sepatutnya saya bayar insurans anak-anak tetapi kerana tidak mampu, saya berhenti daripada membayarnya tahun lalu,” katanya.

Menurut Hafidz lagi, dia terpaksa bersuara kerana enggan kerjaya yang baru hendak bermula terjejas.

Terdahulu, selepas Hafidz bersemuka dengan media pada hujung minggu lalu, Shuhada meluahkan rasa kesal apabila pelakon terbabit dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka.

Bekas isterinya juga meminta Hafidz untuk sedar diri dan tidak hanya berseronok tanpa memikirkan keadaan anak-anak.

Tambah Shuhada, dia menanggung yuran persekolahan anaknya, Humairah sebanyak RM11,000 tahun lepas akibat masalah emosi yang dialami kanak-kanak tersebut.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok