Era, Hot yang mana no.1?

PENGAKUAN Era FM dan Hot FM sebagai stesen radio nombor satu negara mencetuskan persoalan dalam kalangan pendengar terutama melibatkan kesahihan fakta tersebut.

Perkara itu kerana kedua-dua stesen terbabit menggunakan statistik berbeza di samping perbezaan jumlah pendengar sekitar 1 juta.

Berdasarkan perkongsian Era di Instagram, radio tersebut mengakui memiliki 4.5 juta pendengar berdasarkan statistik Gfk Radio Audience Mensurement (RAM) Wave 1 pada 24 April lalu.

“Era sahaja dapat 4.5 juta pendengar. Bukan sembang, ini bukan pengakuan, ini pencapaian,” tulisnya di Instagram.

Memetik laporan pada bulan yang sama, Hot memberitahu mereka menggunakan kaji selidik Nielsen Consumer and Media View (CMV) bagi Januari hingga hingga Disember 2023 dengan jumlah pendengar mingguan sebanyak 5.6 juta pendengar.

“Keputusan itu turut mengekalkan kedudukan Hot sebagai stesen radio no. 1 di Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut dengan hampir 4 Juta pendengar mingguan,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Media Prima Audio (MPA).

Keputusan itu menjadi persoalan orang ramai apabila wujud dua pihak menuntut perkara sama.

Menjengah ke ruangan komen di kedua-dua Instagram radio tersebut, netizen saling mempersoalkan mengenai kesahihan perkara tersebut yang seharusnya hanya ada satu saja stesen radio nombor satu.

“Kalau ikutkan radio komersial Malaysia, hanya ukuran Gfk Radio Measurement yang boleh dipercayai.

“Aku kalau dengar iklan tukar stesen lain, iklan juga tukar stesen lain. Jadi aku menyumbangkan statistik untuk semua stesen.

“Kalau semua nombor satu, siapa nak jadi nombor dua?

“Sekarang sudah keliru. Sebenarnya keputusan Nielson siapa yang no.1? Sana mengaku dia nombor satu, sini dia no.1,” tulis netizen di Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok