DK dilarang sokong Palestin

SEJAK Israel menyerang semula Palestin, semakin ramai bintang K-pop lantang bersuara mengenai isu terbabit.

Bagaimanapun, tindakan seorang peminat bertanya kepada DK mengenai keterbukaan agensi penyanyi itu, Hybe terhadap isu Palestin ternyata mengejutkan orang ramai.

“Do-kyeom, awak tahu tak sekarang rakyat Palestin berada dalam keadaan bahaya?

“Sila angkat tangan awak jika awak tidak dibenarkan bercakap mengenai Palestin,” kata peminat terbabit.

Selepas membaca komen tersebut, ahli kumpulan Seventeen itu pantas memberikan reaksi mengangkat tangan yang secara tidak langsung mendedahkan pendirian Hybe yang enggan membenarkan artis naungannya mengeluarkan pendapat berkenaan isu perang di Palestin.

Ramai merasakan larangan itu dibuat kerana Hybe mahu menjaga hubungan baik dengan penyokong tegar Israel yang juga ahli perniagaan terkenal Amerika Syarikat, Scooter Braun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok