Dikritik nampak tua selepas kurus, Fasha Sandha pekakkan telinga

Berhempas pulas menurunkan berat badan hampir 18kg, pelakon Fasha Sandha mendedahkan pernah dikritik netizen yang mengatakan dirinya kelihatan tua apabila sudah kurus.

Meskipun merasakan ada sahaja tidak kena di mata netizen, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, enggan mempedulikan kata-kata negatif yang dihamburkan kepadanya.

Memang ada sahaja pengikut dan netizen cakap ‘oh dah kurus nampak tua, nampak tak cantik macam sebelum ini’.

“Macam saya, saya tak pedulikan apa orang cakap. Awak nak kata apa pasal saya, cakap je, tak mengapa.

“Paling penting diri sendiri ini tahu kita sihat atau tidak, diri ini senang nak bergerak mahupun sebaliknya,” tuturnya menerusi video dalam TikTok.

Hidup perlu positif, pelakon drama Rampas Cintaku itu Fasha sempat menitipkan pesanan kepada khalayak agar melakukan perkara yang membuatkan diri mereka gembira, bukan sebaliknya.

“Dalam hidup ini, buat perkara yang boleh buat kita rasa gembira.

Jangan buat sesuatu perkara semata-mata mahu membahagiakan atau nak gembirakan orang lain sahaja, fikir diri sendiri dahulu,” ujarnya tersenyum.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata peminat senada dengan isteri kepada pelakon Aziz itu yang yakin bahawa tiada siapa layak menghakimi manusia selain Allah.

Terdahulu, Fasha sering menjadi mangsa ‘bodyshaming’ berikutan keadaan fizikal, saiz dan bentuk badannya yang ketika itu agak berisi.

Mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat, ibu kepada tiga cahaya mata itu menghabiskan masa lebih lapan bulan menurunkan berat badan sebanyak 18kg. – KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok