NAMA kumpulan De Fam boleh dikatakan makin melonjak sejak menyertai program The Hardest Singing Show (THSS) awal Mei lalu.
Bukan kerana program itu saja, tetapi sejak lagu Alamak Raya Lagi! juga mendunia pada Syawal lalu.
Boleh dikatakan kumpulan De Fam dikategorikan antara pisang goreng panas dalam industri.
Jadi, tentulah kumpulan yang dianggotai tiga wanita jelita itu menjadi buruan peminat dan media.
Bagaimanapun ada yang kecewa apabila dikhabarkan mereka ini sukar untuk memberi kerjasama.
Terkejut Diva mendengarkan cerita ini.
Terperanjat rasanya kerana selama ini De Fam tidak pernah terkait dengan hal sebegini.
Ceritanya dikatakan bermula apabila De Fam diminta untuk meluangkan untuk sesi ditemu bual usai THSS tamat.
Namun, setelah beberapa minggu, mereka katanya cuba mengelak dan memberi sering alasan tidak sihat.
Bagi Diva, mungkin ada benarnya kerana format program itu juga sangat mencabar dan memerlukan latihan intensif.
Jadi mungkin selepas persembahan, mereka berasa terlalu letih dan sukar untuk memberi konsentrasi pada sesi temu bual.
Tetapi, ada pula yang membandingkan mereka dengan selebriti lain yang tetap meluangkan waktu meskipun sudah larut malam dan mempunyai anak kecil di rumah.
Berdasarkan situasi ,itu apa yang Diva boleh kata, terpulang pada tuan badan. Kalau memang sudah tidak sihat, mengapa perlu dipaksa.
Ibarat kata pepatah, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Apa-apa pun semoga De Fam terus maju dan berjaya sampai ke final di pentas THSS.
DIVA: Sayu baca ucapan Bella Astillah buat Ruhainies yang mengatakan terima kasih bekas sahabat, berjaya meruntuhkan masjid ini.