Culik, dera kanak-kanak, Lee Aruem ditahan

BEKAS kumpulan T-ara, Lee Aruem dan ibunya didakwa atas kes penderaan kanak-kanak selain berhadapan tuduhan menculik.

Tidak hanya itu, mereka turut dilarang mendekati anak-anak wanita terbabit sehingga 21 Julai depan.

Sebelum ini, penyanyi berusia 30 tahun itu pernah menuduh bekas suami melakukan penderaan termasuk melempar bayi dari katil dan secara fizikal menganiaya anak mereka yang berusia lima tahun.

Dia turut mendakwa lelaki terbabit menggunakan anak mereka untuk melepaskan kemarahan termasuk kencing dan buang air besar pada wajah kanak-kanak yang tidak berdosa itu.

Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak dibuktikan dan siasatan polis tidak menemui sebarang bukti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok