Chentaku tular, Liyana Jasmay menang!

SABAN minggu, ada sahaja lagu lama yang tular dalam aplikasi TikTok sehingga menjadi siulan ramai.

Kali ini, giliran lagu milik Zizan Razak iaitu Chentaku pula meledak dalam TikTok.

Lagu yang dihasilkan sekitar tahun 2017 yang juga duet bersama SonaOne kini menular dalam TikTok sehingga tercetus #chentakuchallenge.

Ramai yang menyanyi semula lagu ini secara ‘miming’ dan selebriti tanah air tidak ketinggalan untuk ‘sertai’ trend tersebut termasuk Liyana Jasmay, Nora Danish dan Mimi Lana.

Meskipun bukan satu bentuk pertandingan, rata-rata netizen memilih video milik Liyana sebagai juara bagi cabaran ini.

Seronok pula dengar lagu ini bila dimainkan semula. 

Harap Zizan hasilkan Chentaku 2.0 pula.

Dalam ramai-ramai artis yang buat #chentakuchallenge, Liyana Jasmay menang, comel sangat,” komen netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok