‘Cantik! Tengok Amelia Henderson teringat Madison Beer’

Tak penat ke hari-hari cantik?”

Itu antara respons yang membanjiri ruangan komen video TikTok milik Amelia Henderson baru-baru ini.

Menerusi video yang sudah mencapai sejuta tontonan itu, Amelia yang menyanyikan lagu Chentaku secara ‘lipsync’ menuai pujian ramai kerana dikatakan semakin jelita.

Rata-rata menyifatkan kecantikannya semakin terserlah malah wajahnya juga dikatakan mirip penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Madison Beer yang popular menerusi lagu Reckless.

Semakin cantik Amelia. Tak tahu nak mencari kekurangan dia.

“Bila tengok wajah Amelia, teringat Madison Beer. Memang persis!” puji netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok