Berbaik dengan Aliff Aziz, Bella Astillah kunci mulut

DIDAKWA sudah berbaik dengan suami iaitu Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah memilih untuk mengunci mulut, sekali gus membiarkan persoalan terbiar tanpa jawapan.

Pun begitu, pengurus Bella, Umi Atiqah berkata, segala dakwaan akan dijawab tuan badan selepas kes mahkamah antara Bella dan suami selesai.

“Maaf, selesai semua (kes mahkamah) baru kami jawab,” kata pengurusnya kepada HibGlam.

Ditemui pada Malam Gala Ibu Inspirasi Nona, Bella atau atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31,  terus bergegas pulang sebaik selesai menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita dan Nona – Ibu Ikon Gen Z, malam tadi.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu sedia berkongsi perkembangan karier seni yang semakin menyinar baik dalam arena nyanyian mahupun lakonan.

Kata Bella, dia bakal muncul dengan lagu baharu yang liriknya ditulis sendiri ciptaan komposer Sharon Paul dalam masa terdekat.

“Saya akan keluarkan single terbaharu, sangat teruja mahu kongsikan dengan peminat, lagu itu saya tulis sendiri dan muzik ciptaan Sharon Paul.

“Lagu itu sebenarnya dah lama sangat, dua tahun perap, rasanya ini masa sesuai untuk dilancarkan, moga semua orang suka,” ujarnya.

Susulan kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu kembali berbaik dengan suaminya.

Krisis rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi berusia 33 tahun itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Lebih panas apabila muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Situasi semakin parah apabila Sarah mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga membabitkan ramai artis lain seperti Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok