Bella, Muaz berjoget, ‘ada yang terluka tetapi bukan terkena pisau’

SEMOGA berjodohan Muaz Zabir dengan Bella Astillah. Suka sangat tengok mereka berdua.”

Itu antara komen positif netizen apabila pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir bertentang mata dan bergandingan buat pertama kali susulan kontroversi melibatkan mereka pada April lalu.

Difahamkan, Bella dan Muaz dipertemukan bagi mempromosikan drama bersiri Leha Leya Lawa pada acara Karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran MITC Melaka, semalam.

Ketika acara berlangsung, mereka turut beramah mesra bersama peminat bertuah.

Kedua-dua mereka tampil tenang dan profesional sepanjang acara berlangsung bagi menghiburkan peminat.

Bukan itu sahaja, Bella dan Muaz turut menari bersama dalam sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram Tontonmy.

Rata-rata peminat menyambut baik gandingan tersebut selain mendoakan kebahagiaan mereka.

“Comel tengok mereka berdua. Semoga berjodohan, doa yang baik-baik,” kata peminat.

“Muaz lebih kacak, ada lesen kereta sendiri. Memang sepadan dengan Bella yang cantik,” ujar pengikut.

Ada yang terluka tetapi bukan terkena pisau. Semoga Bella berbahagia bersama Muaz,” tutur peminat lain.

Sebelum ini, tular dalam platform TikTok pendedahan perbualan dan gambar mesra kedua-dua pelakon itu sekali gus meraih reaksi pelbagai netizen.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tampil mengeluarkan kenyataan pernah bermain cinta dengan Muaz untuk mencetuskan rasa cemburu bekas suaminya, Aliff Aziz yang ketika itu berlaku curang dengan wanita lain. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok