Bekas Pengarang URTV, Huzz meninggal dunia

WARTAWAN hiburan Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin meninggal dunia pada pukul 6.10 petang tadi.

Allahyarham yang berusia 58 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediaman abang kandungnya di Bertam, Pulau Pinang.

Berita kematian disampaikan adik kepada arwah, Nurul Afida Kamaludin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama.

Allahyarham sebelum ini menderita kanser usus tahap empat dan kesihatannya mula merosot dan kritikal sejak beberapa hari lalu.

Sebelum ini, Huzz, 59 terlantar di HKL untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Penderitaannya itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Allahyarham juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok