Bawah Payung Awan kupas sisi gelap setinggan 

DIANGKAT daripada adaptasi novel, drama rantaian Bawah Payung Awan menceritakan kisah perjalanan tiga sahabat yang membesar di kawasan perumahan setinggan.

Setiap daripada mereka memiliki jalan cerita dan cabaran dalam kehidupan masing-masing.

Memiliki 30 episod, naskhah arahan Azri Izhar tersebut memiliki dua latar masa yang berbeza iaitu zaman persekolahan dan alam pekerjaaan.

Barisan pelakon yang terdiri daripada Ben Amir, Nabila Razali dan Nelissa Nizam berjaya mempamerkan kelainan dan kematangan karakter masing-masing.

Drama ini memiliki dua latar masa yang berbeza iaitu ketika mereka masih bersekolah dan seterusnya bekerja.

“Waktu itu kita dapat melihat bagaimana gaya kehidupan mereka berubah dan dan juga kematangan dalam menghidupkan karakter masing-masing,” katanya.

BAWAH Payung Awam memaparkan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja di kawasan setinggan.

Dalam pada itu, pelakon Ben Amir pula sanggup memotong rambut panjang kesayangannya demi menjayakan karakter anak setinggan bernama Soleiman.

Dia tidak keberatan menggayakan rambut pendek demi menjayakan sesebuah watak apatah lagi itu merupakan sebahagian daripada tuntutan kerja.

Bagi menampakkan watak tersebut, saya tidak keberatan untuk memotong rambut. Ini kerana pada saya rambut juga memainkan peranan penting pada sesuatu watak.

“Memang awalnya rasa sayang kerana saya suka dengan imej rambut panjang, tetapi disebabkan komitmen kerja saya sanggup lakukan,” katanya.

Sementara itu, Nabila yang membawakan watak sebagai Widad menyifatkan naskhah tersebut memberikan gambaran positif tentang semangat dan usaha untuk mengubah kehidupan.

HADIR dengan 30 episod pengisian kisah dramatik yang boleh ditonton menerusi aplikasi penstriman Viu.

Katanya, setiap individu mempunyai hak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan biarpun dibesarkan di persekitaran setinggan.

Cerita ini memberikan pengajaran agar tidak mudah berputus asa atau patah semangat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Tidak semestinya membesar di persekitaran rumah setinggan bermaksud tidak berubah untuk memiliki masa depan lebih baik,” ujarnya.

Selain tiga pelakon terbabit, drama Bawah Payung Awan turut menampilkan Amyza Aznan, Riz Amin, Adam Malek, Muaz Zabir, Kodi Rasheed, Watie Sadali dan Lan Siro.

Drama siaran Viu tersebut mengisahkan tiga sekawan iaitu Widad, Soleiman dan Hanan (Nelissa Nizam) yang membesar di kawasan setinggan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok